PILIH BAHASA

PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

Panel W3C

Fungsi Seksyen Pengurusan

Fungsi Unit Pentadbiran

1.  Bertanggungjawab ke atas pengurusan am, perolehan dan stor, inventori harta modal, irusan penyelenggaraan dan pembaikan ruang pejabat serta peralatan. 
2.  Melaksana arahan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA), keputusan Kerajaan dan keputusan Ibu Pejabat yang berkaitan dengan pentadbiran.
3.  Mengurus setiakan mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) dan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK).
4.  Mengurus urusan perkhidmatan dan personel anggota kontrak dan tetap.
5.  Mengurus perkhidmatan logistik, keselamatan dan pentadbiran am.
6.  Mengurus majlis-majlis rasmi persekutuan di peringkat negeri yang melibatkan Y.A.B Perdana Menteri, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri dan Anggota Pentadbiran.


Fungsi Unit Kewangan

1.  Mengurus dan mengawal belanjawan yang meliputi menyedia dan mengemaskini belanjawan tahunan, mengurus dan mengawal peruntukan, menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
2.  Mengurus kewangan am yang meliputi pengurusan, Penyelenggaraan dan memantau panjar wang runcit, mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer dan mengurus keselamatan peti besi atau bilik kebal di mana wang awam dan barang bernilai disimpan.
3.  Mengurus terimaan yang meliputi menerima, merekod semua jenis wang awam dan mengeluarkan resit-resit rasmi Kerajaan, mengumpul dan menyerahkan laporan terimaan wang awam kepada Ketua Jabatan dan Pegawai Pengawal dan menyedia penyata pemungut dan memasukkan terimaan ke bank.
4.  Menjadi urus setia Jawatankuasa Perolehan Persekutuan dan urus setia Jawatankuasa Sebut Harga Persekutuan.


Fungsi Unit Teknologi Maklumat

1.  Mengurus sistem maklumat mengenai pelaksanaan program dan projek yang diluluskan di peringkat ibu pejabat, kementerian dan peringkat negeri secara berkesan.
2.  Menyelenggara sistem-sistem berkomputer bagi membantu menjayakan rancangan pembangunan teknologi maklumat yang lebih cekap dan berkesan dalam pengurusan projek-projek secara langsung dan tak langsung.
3.  Memberi latihan dan kefahaman tentang penggunaan IT dalam pengurusan projek kepada pegawai-pegawai yang terlibat tentang sistem dengan pengesanan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah diluluskan secara berterusan.
4.  Membudayakan penggunaan teknologi maklumat yang berkesan dalam pengurusan projek dan pengurusan pejabat.
5.  Memberi khidmat teknikal kepada agensi/jabatan peringkat negeri.
6.  Merancang keperluan IT di peringkat negeri.



 


       

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah