PILIH BAHASA

PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

Panel W3C

POLISI KEPENGGUNAAN

Penggunaan Jaringan Media Sosial di Sektor Awam oleh Pengguna.


Jaringan Media Sosial seperti Facebbok dan Twitter di Agensi ini hanya boleh dicapai pada jam 1.00 petang hingga 2.00 petang dan selepas 5.30 petang. Penggunaan Media Sosial tertakluk kepada garis panduan berikut:

Pegawai Bertanggungjawab Mengendalikan Laman Web Media Sosial Agensi.

  1. Memastikan kandungan yang tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan;
  2. Menjadikan laman web jaringan sosial sebagai media dalam mempromosi dan memberi publisiti kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan Kerajaan;
  3. Memastikan kandungan dan kesesuaiannya serta yang mempunyai kepentingan untuk dimaklumkan kepada orang awam;
  4. Memastikan kekerapan pengemaskinian maklumat dan memastikan ia relevan;
  5. Menghapuskan kandungan dan maklumat yang diterima dari orang awam yang tidak relevan dengan aktiviti agensi;
  6. Memastikan pautan dan kandungan antara laman web jaringan sosial dan laman web rasmi agensi hendaklah jelas dan tidak bertindih;
  7. Menggunakan logo rasmi agensi di dalam laman web jaringan sosial;
  8. Menggunakan e-mel rasmi di dalam profil laman web jaringan sosial;
  9. Menggunakan foto dan/atau video yang dapat memperjelaskan mesej yang hendak disampaikan dalam keadaan yang bersesuaian;
  10. Memasukkan penerangan terhadap foto dan/atau video yang digunakan bagi membantu carian oleh pengguna;
  11. Menggunakan perkataan hak cipta terpelihara pada semua kandungan foto dan/atau video;
  12. Menggunakan ayat yang ringkas, padat, tepat dan jelas maksudnya; dan
  13. Menyediakan penyataan penafian (disclaimer) terhadap sebarang kerosakan sekiranya dialami oleh pengguna semasa menggunakan laman web jaringan sosial.


Pengguna di Agensi.

  1. Mencapai laman web jaringan sosial yang hanya berkaitan dengan urusan rasmi agensi pada waktu pejabat;
  2. Menggunakan ayat yang lengkap dan jelas maksudnya;
  3. Tidak memaparkan isu-isu sensitif seperti agama, politik dan perkauman serta yang berunsur fitnah atau hasutan;
  4. Tidak memaparkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan imej Kerajaan; dan
  5. Tidak menggunakan laman web jaringan sosial untuk mengaibkan individu tertentu.

Pentadbir Rangkaian.
  1. Memastikan pengurusan content filtering sentiasa berfungsi dalam menapis capaian ke laman web jaringan sosial yang tiada kaitan dengan kegunaan rasmi agensi; dan
  2. Memantau serta menganalisis transaksi capaian pengguna agensi ke atas laman web jaringan sosial luar agar tidak mengganggu prestasi rangkaian di agensi.
 

* Sumber : Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Sektor Awam 

       

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah