PILIH BAHASA

PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

Panel W3C

Lawatan PKN ke Projek-Projek seliaan PPPNK dan JKR Kedah

LAWATAN KERJA OLEH PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI KEDAH KE TAPAK – TAPAK PROJEK SELIAAN PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI DAN JABATAN KERJA RAYA NEGERI KEDAH

 

02 Oktober 2018 - Pada 17 – 26 September 2018, satu siri lawatan kerja oleh Pegawai Kemajuan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Haji Ibrahim Bin Abdullah ke tapak-tapak projek seliaan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah iaitu Projek Membina Masjid Baharu An Nur Pokok Sena, Menaiktaraf Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar, Masjid Kampung Gelong Gajah Pendang, Masjid Kampung Paya Besar Kuala Ketil dan  Medan/Restoran Ikan Bakar terletak di Bandar Baharu bersebelahan sungai Kerian. Beliau juga turut tidak melepaskan peluang melawati projek-projek Khas di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya iaitu Pembinaan Masjid Dua Tingkat Kariah Zon Kenanga & Mawar Sungai Petani, Masjid Terapung Yan dan Masjid Ar Riduniah Baling.

Lawatan ini merupakan lawatan kerja terakhir beliau selaku Pegawai Penguasa dan Pegawai Kemajuan Negeri bagi memantau prestasi kemajuan projek-projek serta berbincang berkenaan permasalahan yang timbul dan memberikan pandangan dan idea-idea bagi menangani risiko dan masalah yang dikenal pasti dapat ditangani dengan tindakan yang sewajarnya untuk memastikan projek-projek dilaksanakan mengikut tempoh, kualiti dan kos yang ditetapkan.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mohd. Nizam bin Zainal Abidin, Seksyen Teknikal

       

Paparan Terbaik resolusi 1024 x 768 @ Mobile responsive
Penafian : PPPN Kedah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah