LANGUAGE

PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

W3C SUPPORT

Panel W3C

Karnival Sukan ICU KOPROJAYA Meriah Dengan Kehadiran Perdana Menteri

17 Oktober 2016, Putrajaya - ICU JPM melakar sejarah pada sambutan hari sukannya tahun ini apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluangkan masa meninjau Karnival Sukan Negara ICU KOPROJAYA di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang pada Jumaat, 7 Oktober 2016. Perdana Menteri yang tiba pada jam 7 malam telah disambut oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah ICU JPM YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof dan Pengerusi KOPROJAYA YBhg. Tuan Haji Muhammad Ammir Haron. Perdana Menteri telah meluangkan masa beramah mesra selain turut menunjukkan kebolehannya bermain ping-pong bersama Ketua Pengarah ICU dan mengambil gambar selfie bersama peserta bola tampar, bola sepak, badminton, dan ping-pong.

Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Azleen Suzana Zakaria,SPA

       

Federal Development Office of Kedah State shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this Website
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah