CHANGE LANGUAGE

PILIH WARNA

icon biru Merah Hijau  

 

 

 

W3C SUPPORT

Panel W3C

Development Community Section Function

Fungsi Seksyen Pembangunan Masyarakat dan Institusi

1.  Merancang, mengurus dan melaksanakan program/aktiviti JKKK dan Perkhidmatan Perjawatan berkaitan (Pegawai Pembangunan Parlimen, Pegawai Pembangunan DUN) di peringkat akar umbi.
2.  Memantau institusi anggota lantikan khas serta aktiviti yang dilaksanakan oleh JKKK melalui laporan oleh Pejabat Pembangunan Daerah (PPD).
3.  Melaksanakan aktiviti Pembangunan Modal Insan seperti Program Keagamaan, Pendidikan, Muzakarah dan Kemasyarakatan.
4.  Mengatur rancangan dan melaksanakan strategi program dan aktiviti bagi mendidik masyarakat setempat.
5.  Membuat penilaian terhadap program/aktiviti yang dilaksanakan.
6.  Menjalankan penyelidikan dan menyediakan laporan isu-isu pembangunan setempat.


Fungsi Unit Pembasmian Kemiskinan

1.  Menyedia pelan strategi di peringkat negeri dan daerah serta merangka kajian dasar kemiskinan, kaedah pelaksanaan program dan pengurusan maklumat kemiskinan.
2.  Memantau dan menguruskan penyediaan rekod keseluruhan data perangkaan dan pemetaan kemiskinan serta memastikan kesahihan data dan analisis perangkaan kemiskinan seluruh negeri.
3.  Menguruskan tugas keurusetiaan jawatankuasa focus group dan Jawatankuasa Kemiskinan di peringkat negeri termasuk pengurusan laporan dan maklum balas kemajuan program pembasmian kemiskinan daripada jabatan yang terlibat.
4.   Mengurus laporan kepada jawatankuasa/kerajaan negeri dalam merancang, melaksanakan, memantau dan menilai semula kesan kepada program pembasmian kemiskinan bersama agensi yang terlibat dan juga pelaksanaan serta pemantauan melalui e-kasih.
5.  Memantau dan menilai impak pelaksanaan program dan projek pembasmian kemiskinan.
6.  Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dan rintangan jika pelaksanaan program / projek menjejaskan objektif dasar pembasmian kemiskinan.
7.  Mengkaji semula sistem dan mekanisma pelaksanaan program/projek bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaanya dan mempercepatkan pencapaian pembasmian kemiskinan khususnya kemiskinan tegar.

 

       

Federal Development Office of Kedah State shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this Website
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah